Happy Islamic New Year 1436.

Assalamualaikum Wbt. Alhamdulillah today is 1st Januari/Awal Muharram 1436/2014 kita dah masuk tahun yg baru, so everybody mesti ada azam kan? Hihi me too :') Actually tujuan alya buat entry kali ni just wanna share about new year. Sedar tak sedar kita dah masuk tahun yg baru jadi kita pon semakin dekatlah dengan kematian. Allahuakbar :'( Cukup ke amalan kita selama kita hidup ni? Bila dah masuk tahun baru ni apa kata kita cuba muhasabah diri. Bukan tengok drpd luaran je tp dalaman jgk. Macam mana dgn hati kita and mcm mana pulak dengan aurat kita? 

Kalau difikirkan balik byk benda sgt yg kita nak kena betulkan, memang semua tak sempurna tp atleast kita ada Nawaitu nak berubah. Setiap perubahan tu yg kita buat mestilah kena "Istiqamah" kalau kita tak istiqamah perubahan yg kita buat tu sia-sia je, mcm tk mendatangkan apa-apa hasil. Azam alya utk tahun baru ni InshaaAllah I'll try to be a good muslimah. Macam mne dgn korang pulak. Sama-sama kita fikir hidup ni makin lama makin singkat. Bila-bila je Malaikat boleh tarik nyawa kita. Jangan terlalu happy/enjoy sgt waktu kita hidup, dunia ni hanya pinjaman utk kita. Yang nak dibawa ke sana cuma amalan. 

Sometimes, kita sendiri pon tahu and alya sendiri pon rasa kita banyak membazirkan masa dgn benda2 yang lagha I mean benda yg tak berfaedah. Anak-anak muda makin banyak yg melakukan maksiat. Allah takutnya :( Takut dgn azab yg menanti kita. Sekarang ni pun dekat dunia dah macam-macam petanda kiamat dah berlaku, Nauzubillah takut dengar semua tu. Itu semua bukan sekadar petanda tapi peringatan untuk kita yang Allah itu Maha Kuasa dia yg menentukan segala-galanya. Tapi tak semua manusia ambil iktibar dgn apa yang jadi. Teringat firman Allah Swt dalam Surah Al-Ankabut ayat 40:

"“Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri."

Maksudnya: "Peringatan ayat Allah SWT tersebut hendaknya menjadi pelajaran bagi kita bahawa akibat daripada kekufuran dan perbuatan maksiat yang dilakukan, akan menjadi penyebab datangnya kemurkaan Allah. Ketahuilah bahawa setiap bencana yang menimpa manusia mempunyai tiga pengajaran yang berbeza. Bagi mereka yang terselamat daripada bencana, maka bencana yang menimpa orang lain merupakan peringatan bentuk kasih sayang dari Allah agar mereka kembali pada jalan-Nya. Sedangkan bagi orang yang tidak beriman, maka bencana yang menimpa merupakan azab dan siksa dari Allah yang disebabkan oleh kekufuran dan kedurhakaan terhadap perintah Allah dan rasul-Nya. Dengan bencana juga, Allah hendak menunjukkan kepada manusia, mana antara orang yang benar keimanannya dan mana yang tidak.

Jadi sama-samalah kita fikirkan and step back take a look at ourself. Dunia hanya pinjaman, pinjaman utk kita semua HambaNYA mencari bekalan utk dibawa ke akhirat kelak. Selagi masih ada kat bumi ni selagi kita boleh bernafas buat lah kerana " Lillahi Taala" InsyaaAllah apa yg kita dapat nanti kita sendiri tak sangka. Wallahua'alam. So ini jelah entry utk kali ni and I'll be right back for the next entry. InshaaAllah. Akhir kata alya Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :'D